From the keyboard of Hajar (Founder/Managing Director)


Assalamualaikum para pelanggan dan rakan perniagaan yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah Butik Q'dja sudah masuk bulan kedua beroperasi sejak Ramadhan yang lalu. Hari ini kami dapat berinteraksi dengan para pelanggan dan rakan perniagaan di blog kami ini. Besarlah harapan saya hubungan silaturahim antara kita akan lebih dekat lagi. InsyaAllah.

Kami akan berusaha untuk memberikan anda maklumat terkini dan berharap anda akan terus menyokong butik Q'dja.  Butik Q'dja mendapat ilham nama "Q'dja" dari "Khadijah"; isteri Rasullullah S.A.W yang tercinta. Beliau terkenal sebagai seorang wanita gigih yang berjaya dalam perniagaan. Khadijah adalah inspirasi butik Q'dja.

Buat masa ini butik Q'dja menawarkan anda koleksi busana muslimah dan kanak-kanak. Kami berhasrat untuk menjadikan Butik Q'dja pusat sehenti untuk muslimah. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami bukan sahaja di sektor busana dan fesyen tetapi juga di bidang kecantikan dan spa khas untuk muslimah. InsyaAllah.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan, rakan perniagaan, ahli keluarga, sahabat handai yang telah menyokong kami selama ini. Semoga Allah memberkati hidup kita dan memperluaskan rezeki yang halal untuk kita semua.

Salam hormat,
~Hajar~